Monday, August 11, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

selamat Datang ke Blog Saya.....blog ini dibina bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus BMM3053, dibawah bimbingan pensyarah En. Mohd Firdaus Bin Abd Salam. Moga Blog ini bermanfaat untuk anda......

Hasil pembelajaran kursus BMM3053 :
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina objek pembelajaran yang mudah.
4. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer suatu P&P yang mempunyai kaitannya dengan penggunaan teknologi maklumat. Hal ini juga dikaitkan dengan pengaplikasiannya terhadap P&P di sekolah. Zaman ledakan maklumat yang begitu banyak dan pantas memerlukan pengajaran dan pembelajaran bergerak seiring dengan situasi semasa dengan penggunaan komputer bagi subjek Matematik dan Sains di sekolah. Namun, Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam pengaplikasian komputer dalam P&P. Penggunaan ini berkaitan dengan pengetahuan tentang teknologi maklumat yang berkembang dan meningkat tahap kegunaannya dalam semua termasuk juga dalam bidang bahasa.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kenyataan tersebut, menunjukkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan penggunaan komputer merupakan suatu perkara yang memberi banyak kepentingan dan faedah. Begitu juga kepentinggannya dalam Bahasa Melayu.


bmm3053mfs.blogspot.com