Refleksi

REFLEKSI DARIPADA MINGGU 1 HINGGA MINGGU 5


Refleksi Minggu 1 (BMM3053)

Pada minggu 1 kandungan pembelajaran ialah penggunaan enjin pencari bahan Bahasa Melayu. Pensyarah memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan isi pelajaran iaitu bagaimana enjin carian digunakan untuk mencari bahan Bahasa Melayu. Antara contoh yang biasa digunakan sebagai enjin pencari bahan iaitu google, mozilla firefox, internet explorer,dan banyak lagi, ini adalah yang biasa digunakan sebagai enjin pencari bahan.

Seterusnya pensyarah mengarahkan pelajar untuk mencuba sendiri dengan menggunakan enjin pencari untuk mencari bahan Bahasa Melayu, sambil pensyarah menunjukkan demonstrasi untuk penggunaan enjin pencari bahan tersebut. Untuk amali minggu 1 ini, semua berjalan dengan lancar kerana semua pelajar tahu menggunakan enjin pencari bahan untuk mencari bahan, Cuma daripada sikap pelajar itu sendiri sama ada rajin untuk mencari bahan atau malas. Cuma kekangan yang dihadapi oleh pelajar ialah masalah server internet yang kurang laju dan ada masanya tiada line internet menyebabkan amali untuk mencari bahan terganggu. Semasa amali pensyarah telah membenarkan mana-mana pelajar yang ingin membuat tugasan amali ini di perpustakaan.

Oleh itu, pensyarah telah memberikan tugasan kepada pelajar iaitu mencari bahan Bahasa Melayu, kemudian bahan tersebut hendaklah disimpan dan dikategorikan seperti alamat internet dan katalog internet. Setiap bahan yang disimpan di alamat internet dan katalog internet bahan tersebut mestilah berjumlah 60 – 70 bahan.


Refleksi Minggu 2

Pada minggu 2 ini kandungan pembelajaran iaitu menggunakan internet, enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pada kali ini pensyarah mengarahkan pelajar untuk memuat turun dokumen standard KSSR Bahasa Melayu, tidak kira tahun berapa berdasarkan kepada pelajar untuk memilih secara bebas. 

Kemudian berdasarkan dokumen standard KSSR yang dimuat turun tersebut, pelajar dikehendaki mengeluarkan objektif setiap kemahiran iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran ,membaca, dan kemahiran menulis. Berdasarkan objektif setiap kemahiran tersebut pelajar dikehendaki untuk mencari bahan yang sesuai sama ada bahan daripada video, audio, imej atau teks/ grafik.

Kemudian bahan yang diperolehi itu dimuat naik dan buat sedikit ulasan tentang bahan yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran (kenapa memilih bahan tersebut). Pensyarah telah menunjukkan contoh yang sudah siap. Pensyarah juga ada memberikan sedikit informasi bagaimana cara paling untuk memuat naik bahan daripada you tube. 

Amali pada minggu 2 ini boleh dilaksanakan oleh pelajar, Cuma terdapat kekangan seperti masalah line internet yang sangat lemah menyebabkan proses memuat naik bahan tergendala, dan masalah enjin pemuat naik yang lain disekat menyebabkan susah untuk pelajar memuat naik bahan-bahan yang diperlukan. Namun tugasan amali minggu 2 ini dapat disempurnakan dengan mengambil inisiatif lain.


Refleksi Minggu 3

Pada minggu 3 ini, kandungan pembelajaran iaitu aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet. Amali pada minggu 3 ini adalah pelajar dikehendaki memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet, kemudian memindahkan maklumat-maklumat penting tentang etika penggunaan internet dalam satu brosur atau power point. Seterusnya mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis Hak cipta dan Kepentingannya kepada masyarakat, memindahkan maklumat tersebut dalam satu brosur atau power point.

Tugasan amali pada minggu 3 ini boleh dilakukan dengan baik oleh pelajar, Cuma pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada pensyarah berkaitan dengan etika penggunaan internet, kerana maklumat tentang etika penggunaan internet sangat banyak dan pelajar tidak tahu mana satu maklumat yang sangat diperlukan, justeru itu pensyarah telah memberikan contoh berkaitan dengan maklumat-maklumat penting yang perlu untuk etika penggunaan internet. Manakala untuk maklumat Hak cipta, pelajar keliru dengan maklumat yang diperolehi, dengan itu pensyarah menjelaskan tentang maklumat yang berkaitan dengan hak cipta. Setelah mendengar penjelasan dan penerangan pensyarah tentang etika penggunaan internet dan Hak cipta pelajar sudah memahami apa yang perlu dilakukan seterusnya dalam tugasan amali minggu 3 ini.

Setelah memperolehi semua maklumat yang diperlukan berkaitan dengan etika penggunaan internet dan Hak cipta, pelajar akan membuat brosur dan power point, oleh itu etika penggunaan internet dibuat dalam bentuk brosur, manakala Hak cipta dibuat dalam power point. Penghasilan brosur dan power point berjalan dengan lancar Cuma ada beberapa komen daripada pensyarah tentang penggunaan warna dan gambar. Warna mestilah sesuai atau menggunakan warna cerah, untuk gambar mestilah bersesuaian.


Refleksi minggu 4 

Pada minggu 4 ini, kandungan pembelajaran adalah pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pada minggu ini pensyarah memberitahu kepada semua pelajar bahawa ada video yang di hantar melalui email kelas, oleh itu setiap pelajar hendaklah menyimpan video tersebut. 

Tujuan video tersebut adalah untuk mengajar pelajar cara untuk mengedit sama ada video, gambar, atau lain-lain dengan menggunakan perisian wonder share. Pertama sekali pensyarah memastikan semua pelajar ada perisian wonder share untuk memudahkan sesi pembelajaran secara demonstrasi berjalan dengan lancar. Pensyarah telah menunjukkan satu video yang telah diedit tetapi belum siap sepenuhnya, dalam video tersebut terdapat seni kata lagu berdasarkan video. Oleh itu, pensyarah mengarahkan pelajar untuk membuat seni kata lagu video tersebut mengikut kreativiti masing-masing diikuti dengan penerangan daripada pensyarah.

Pada pembelajaran kali ini, pelajar tidak tahu cara untuk mengedit video, namun dengan penerangan yang jelas daripada pensyarah sesi pembelajaran dapat diikuti dengan baik. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar pada sesi pembelajaran minggu ini adalah masalah komputer riba, iaitu penggunaan perisian wonder share menyebabkan komputer riba pelajar tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun sesi pembelajaran diteruskan juga sehingga video yang diedit selesai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. selain daripada penerangan daripada pensyarah, pelajar juga akan minta tunjuk ajar kepada rakan yang tahu dan mahir dalam mengedit video.

Setelah selesai sesi pembelajaran minggu ini, pelajar telah mempunyai kemahiran dalam mengedit sesuatu bahan sama ada video, gambar atau lain-lain untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Refleksi minggu 5

Pada minggu ini kandungan pembelajaran adalah membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Untuk tugasan amali pada minggu ini pensyarah mengarahkan setiap pelajar meghasil satu pakej pembelajaran berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah dirancang untuk kelas yang telah dipilih sama ada KBSR atau KSSR.

Dalam pakej pembelajaran yang dihasilkan pelajar hendaklah menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai, dan hendaklah diubah suai mengikut kesesuaian RPH yang di hasil dan dijadikan pakej pembelajaran. pakej pembelajaran yang dihasilkan hendaklah dalam bentuk power point.

Tugasan amali pada minggu ini berjalan dengan lancar, cuma mempunyai sedikit masalah untuk setiap pelajar dalam menentukan objektif pelajaran. Oleh itu, pensyarah telah menerangkan dan menjelaskan tentang penentuan objektif pembelajaran yang sesuai iaitu membuat objektif yang eksplisit, isi pelajaran dapat disampaikan dengan baik dan murid dapat dilihat perkembangan atau pembelajaran mereka berdasarkan isi pelajaran melalui pemerhatian guru berdasarkan apa yang dapat dilihat dengan jelas sama ada melalui latihan bertulis atau lisan.

Proses penghasilan pakej pembelajaran ini mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan bahan pembelajaran dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan serta latihan yang sesuai untuk pengayaan dan pemulihan. Dalam proses menghasilkan pakej pembelajaran pensyarah sentiasa memantau hasil kerja setiap pelajar untuk memastikan penghasilan pakej pembelajaran tidak terdapat sebarang masalah untuk disiapkan pada masa yang ditetapkan. Pemantauan yang dibuat oleh pensyarah sangat bagus kerana setiap bahan, objektif atau latihan yang dibuat akan dikomen agar diperbaiki oleh pelajar, selain itu, penggunaan background power point dan pemilihan warna juga turut dikomen oleh pensyarah agar warna dan background yang dipilih sesuai dan sedap mata memandang tidak terlalu gelap sehingga tulisan tidak jelas dan background sesuai untuk murid-murid bagi menarik minat mereka.

Setelah selesai menghasilkan pakej pembelajaran, hasil ini akan dihantar dalam bentuk softcopy (burn to CD)  untuk dihantar kepada pensyarah.


No comments:

Post a Comment