Minggu 2

MINGGU 2: MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kemahiran mendengar dan bertutur

Objektif:

1. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.

Bahan 1 :
Tajuk bahan : mengenal bunyi haiwan (video).

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : video ini menayangkan gambar haiwan dengan bunyi haiwan tersebut. Melalui bunyi haiwan yang diperdengarkan murid dapat mengecam bunyi serta menyebut nama haiwannya sekali dan murid dapat mengajuk bunyi haiwan tersebut.


Bahan 2 :

Tajuk bahan : bunyi alam semula jadi

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : video ini memperdengarkan bunyi alam semula jadi seperti air terjun, burung serta angin sepoi-sepoi seperti suasana dalam hutan yang hanya terdengar bunyi-bunyi alam semula jadi. Murid dapat mengecam serta menentukan arah bunyi alam semula jadi dan yang ada dipersekitaran mereka.


Objektif 2 :
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul.

Bahan 1 :
Tajuk bahan : lagu mengenal suku kata (video).

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : video ini menayangkan gambar dan mengeja setiap suku kata gambar yang ditayangkan kemudian menyebut perkataan tersebut, contohnya bu/ku = buku. Melalui video nyanyian yang diperdengarkan murid dapat mengecam suku kata yang dieja dan dibunyikan dengan betul berdasarkan gambar.


Objektif 3:Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.

Bahan 1 : Tajuk bahan : Gosok gigi (video).

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : berdasarkan video nyanyian lagu bangun pagi ini murid dapat mendengar, memahami, menyebut dan mengeja beberapa perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. Video ini juga dapat menarik minat murid-muird.


Bahan 2 :Tajuk bahan : lagu sayang semuanya (video)

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : berdasarkan nyanyian lagu sayang semuanya murid dapat mendengar dan menyebut serta mengeja beberapa perkataan yang mudah yang mempunyai dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul.


Objektif 4 : mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat

Bahan 1 : Tajuk : Keluarga bahagia (video).


Kesesuaian bahan dengan kemahiran : video ini menayangkan gambar keluarga sambil menyanyi berkaitan dengan kasih sayang kepada keluarga. Berdasarkan nyanyian yang  diperdengarkan murid dapat mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat. Frasa berdasarkan nyanyian yang diperdengarkan sangat mudah untuk murid mendengar dan menyebut. Bahan ini sesuai untuk murid tahun 1.


Bahan 2 : Tajuk : cita – cita ku (video)


Kesesuaian bahan dengan kemahiran : video nyanyian lagu cita-cita ku mempunyai ayat tunggal dan frasa yang mudah untuk murid dengar, sebut dan fahami dengan mudah dan betul. Bahan ini sesuai untuk murid tahun 1. Video ini juga dapat menarik minat murid-murid kerana video lagu upin dan ipin.



Objektif 5 : mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.

Bahan 1: panduan keselamatan jalan raya (video)


Kesesuaian bahan dengan kemahiran: berdasarkan video yang ditayangkan murid dapat memberikan respon secara lisan berdasarkan situasi yang berlaku dalam video tersebut. Guru dan murid juga akan bersoal jawab dengan betul tentang situasi dalam video atau yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid berdasarkan video.


Bahan 2 : prosedur melintas dengan selamat (video)


Kesesuaian bahan dengan kemahiran: video yang ditayangkan menunjukkan cara-cara melintas jalan raya dengan betul. Berdasarkan video murid dapat memberikan respon melalui arahan yang didengar, murid juga dapat membuat pertanyaan berkaitan dengan rutin harian mereka seperti semasa mereka berjalan ke sekolah atau lain-lain dengan betul.









Kemahiran membaca 

Objektif 1 : Membaca pelbagai perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul ;

Bahan 1: Tajuk bahan : Kami Sayang Datuk Nenek (teks)

Mei Ling ada datuk.
Mei Ling ada nenek.
Nama datuk Mei Ling, Ah Chong.
Nama nenek Mei Ling, Yee Yee.
Datuk Mei Ling tinggal di kampung.
Datuk Mei Ling ada kebun sayur.

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini mempunyai perkataan yang mudah, frasa dan ayat yang sesuai untuk murid tahun 1, bagi aktiviti membaca.

Bahan 2: Tajuk bahan : Kebun Datuk Ina (teks)

Kebun Datuk Ina
     Pada hari Sabtu yang lalu, Ina sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung. Kami bertolak dari Manjung pada  pukul 6.30 pagi. Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Citra.
     Datuk  Ina, Pak Wak Karjoo mengajak Ina pergi ke kebun sayur–sayuran. Di kebun  ada banyak sayur seperti kubis, cili, petola, kangkung, bendi.
     Ina menolong datuk menanam sayur- sayuran.Datuk mengutip sayur – sayuran  dan buah–buahan. Datuk memasukkan sayur–sayuran dan buah–buahan ke dalam bakul. Ina membantu datuk menyiram sayur–sayuran.
    Nenek  Ina, Mak Nah  membubuh baja pada sayur-sayuran. Datuk membuat batas. Dia menggunakan cangkul untuk membuat batas. Sayur–sayuran yang ditanam oleh datuk hidup subur.

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini mempunyai perkataan yang mudah, frasa dan ayat yang sesuai untuk murid tahun 1, bagi aktiviti membaca.

Objektif 2 : Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. 

Bahan 1 : Tajuk bahan : Menjaga Kebersihan Diri (teks) 

Razak budak yang sihat. Dia selalu jaga diri
supaya bersih. Hari-hari dia mandi tiga kali sehari.
Dia mandi guna sabun supaya badannya tidak
ada kuman. Razak gosok badan agar hilang daki.
Selepas mandi, Razak lap badan supaya
kering. Dia sapu bedak pada badannya supaya
rasa segar. Dia juga pakai baju yang bersih.
Razak selalu nampak kemas.

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini mempunyai pelbagai perkataan yang boleh difahami oleh murid. Teks yang tidak terlalu panjang sesuai untuk murid tahun 1.

Bahan 2 : Tajuk bahan : Berkelah Di Teluk Batik (teks) 

Berkelah  Di Teluk Batik
Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah di Teluk Batik. Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.
Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah. Masing masing membawa makanan, minuman, tikar dan ada juga yang membawa pelampung. Setelah tikar dibentang, ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.
Saya dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu. Ayah telah menemani saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi kecil. Setelah puas bermain di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama dengan ayah dan ibu.
Sejam kemudian, perut kami berasa lapar. Kami makan makanan yang disediakan oleh ibu. Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Kami memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan sebelum pulang.
Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di situ. Saya akan datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan.

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini mempunyai pelbagai perkataan seperti kata tunggal (keluarga), kata nama (Teluk Batik), kata ganti nama diri (kami), frasa, dan ayat tunggal dan ayat majmuk. Teks yang tidak terlalu panjang sesuai untuk murid tahun 1.

Objektif 3 : Membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Bahan 1 : Tajuk bahan : cerita kanak-kanak : Sang Kancil dan Sang Gajah (teks)

Cerita Kanak-kanak : Sang Kancil dan Sang Gajah
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Dari apa?” Tanya gajah lagi.
“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.
“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.
“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”
Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.
“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.
Seronok juga bila membaca cerita kanak-kanak begini. Teringat masa kecil dulu, inilah cerita dongeng dan turun temurun yang diwarisi dari zaman berzaman. Namun bila difikirkan kembali, apa yang cuba untuk disampaikan melalui cerita ini?
Jadilah seperti sang kancil yang cerdik tapi tak baik?
Atau jadilah seperti sang gajah yang baik tapi tak cerdik?
“Orang baik tak cerdik akan ditipu, orang yang cerdik tapi tak baik akan menipu”
Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.
Jadi tiada pilihan lain selain jadi orang yang cerdik dan baik kerana orang yang sebegini tidak akan ditipu juga tidak menipu. Dan pengakhiran cerita sang kancil dan sang gajah itu sepatutnya begini.
“Eh, sang kancil, tengah buat apa?” Tanya sang gajah.
“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang kancil

“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?”
“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”
“Oh aku Nampak ada dahan kayu”
Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam lubang.
Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan rimba.

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini mempunyai ayat tunggal dan dialog yang pelbagai sesuai untuk murid tahun 1, bagi aktiviti sebutan dan intonasi yang betul.

Bahan 2 : Tajuk bahan : Rumah Farah (teks)

Ini rumah Farah. Rumah Farah bersih dan cantik. Hari-hari emak
Farah sapu dan kemas rumah itu.
Pada hari cuti, Farah tolong emak basuh bilik air. Kakak kemas
bilik tidur. Abang susun majalah di ruang tamu. Adik bantu cuci
longkang. Bapa tebas rumput. Emak pula sapu sampah dan siram
pokok bunga.
Di rumah Farah tidak ada semut, lalat dan tikus. Semut, lalat
dan tikus bawa penyakit. Keluarga Farah sihat. Jiran dan kawan suka
datang ke rumah Farah.

Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini mempunyai pelbagai ayat tunggal yang pendek sesuai untuk murid tahun 1

Objektif 4 : Membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul. 

Bahan 1 : Tajuk bahan : Gigi saya (teks)

Doktor gigi : Sudah berapa lama gigi awak sakit ?

Affan : Baru semalam doktor. Gigi saya berlubang.

Doktor gigi : Baiklah. Biar saya periksa gigi awak.

Affan        : Doktor, saya harap gigi saya dapat dicabut hari ini juga. Saya sudah 
                                tidak tahan lagi.
Doktor gigi : Sabar. Saya nampak gusi awak bengkak, tentu ada nanah didalamnya.

Affan : Apa maksud doktor ?

Doktor gigi : Saya fikir lebih baik gigi awak dicabut selepas nanah dan sakitnya 
                                hilang.
Affan : Jadi, apa perlu saya buat sekarang ?

Doktor gigi : Saya akan beri awak ubat penahan sakit. Selepas seminggu datanglah 
                                berjumpa saya semula.

Affan : Baiklah. Terima kasih, doktor. 

Kesesuaian bahan : teks ini sesuai untuk menilai pembacaan murid dengan sebutan yang betul, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul. Berdasarkan teks dalam bentuk dialog ini murid senang untuk membaca mengikut situasi dalam dialog tersebut dengan menggunakan intonasi dan tanda baca yang sesuai.


Bahan 2 : Tajuk bahan : Hobi saya (teks)

HOBI SAYA

Setiap orang ada hobi.  Hobi saya ialah membaca buku.  Saya dapat banyak faedah dengan membaca. Saya membaca buku pada masa lapang.
  
Membaca menambahkan ilmu pengetahuan saya.  Saya selalu meminjam buku dari pusat sumber sekolah. Saya meminjam buku-buku seperti buku cerita dan lain-lain.

Sikap suka membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya.  Saya dapat mempelajari istilah-istilah baru.  Amalan murni ini banyak membantu dalam pelajaran saya. Saya dapat mengulang kaji pelajaran dengan senang. Saya akan mengamalkan hobi ini untuk sepanjang masa.


Kesesuaian bahan : teks ini sesuai untuk menilai pembacaan murid dengan sebutan yang betul, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul. Berdasarkan teks tersebut murid dapat membaca secara mekanis agar setiap sebutan dapat didengar oleh rakan dan guru dan sekiranya tersapat kesilapan akan dibetulkan dengan segera. Teks ini juga sesuai kerana teks yang pendek sesuai untuk murid tahap 1.


Objektif 5 : membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul.

Bahan 1 : Tajuk bahan : kebaikan gotong-royong dalam masyarakat (teks)

Kebaikan Gotong-royong dalam Masyarakat

Gotong-royong bermaksud sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama, tolong-menolong dan bermuafakat.

       Amalan bergotong-royong dapat meringankan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Sesuatu kerja yang berat seperti mengadakan majlis kenduri-kendara, mengurus kematian dan membina jambatan dapat dilakukan dengan mudah.

        Gotong-royong ini juga dapat menjimatkan masa wang. Apabila sekumpulan anggota masyarakat melakukan sesuatu kerja, kerja itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

         Semangat gotong-royong juga dapat menyemai benih-benih perpaduan dalam kalangan masyarakat. Pada zaman moden ini, penduduk Bandar sibuk dengan tugas seharian sehingga jiran di sebelah rumah pun tidak dikenali. Tetapi, semangat gotong-royong  dapat mengelakkan keadaan ini.

         Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera melalui amalan gotong-royong ini. Ini adalah kerana sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini.
        
        ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ adalah dasar gotong-royong. Justeru itu, semangat bergotong-royong ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri setiap insan. Ini akan mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab di hari muka.


Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini sesuai kerana murid dapat membaca dan memahami isi kandungan yang terdapat dalam teks ini berkaitan dengan kepentingan bergotong royong dan kebaikan melaksanakan sesuatu kerja dengan bergotong royong. Berdasarkan teks murid dapat mengenal pasti isi penting dalam teks tersebut dengan mudah dan senang untuk difahami. Ini merupakan contoh teks sebagai asas kepada murid tahap 1 untuk mencari isi-isi penting dalam sesuatu teks.


Bahan 2 : Tajuk bahan : Faedah-faedah membaca (teks)

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.
        
      Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.  

       Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

       Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.  

         Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.  

         Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.


Kesesuaian bahan dengan kemahiran : teks ini sesuai kerana murid dapat membaca dan memahami isi kandungan yang terdapat dalam teks ini berkaitan dengan faedah membaca kepada setiap individu. Berdasarkan teks murid dapat mengenal pasti isi penting dalam teks tersebut dengan mudah dan senang untuk difahami. Ini merupakan contoh teks sebagai asas kepada murid tahap 1 untuk mencari isi-isi penting dalam sesuatu teks.


Objektif 6 : membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik.

Bahan 1 : Tajuk bahan : gambar sebuah keluarga (bahan grafik)


Kesesuaian bahan dengan kemahiran : berdasarkan gambar guru menyatakan suasana dalam gambar tersebut, kemudian guru boleh mengemukakan kad ayat yang mengandungi ayat tunggal dan menyuruh murid membaca, seterusnya guru mengarahkan murid untuk menyusun ayat tersebut menjadi ayat majmuk.

Bahan 2 : Tajuk bahan : gambar pokok suku kata (bahan grafik)


Kesesuaian bahan dengan kemahiran : berdasarkan pokok suku kata guru menyuruh murid membaca suku kata dan mencantumkannya menjadi perkataan serta membina ayat tunggal yang mudah difahami. 





Kemahiran Menulis

Objektif 1 : melakukan aktiviti pramenulis dengan betul

Bahan 1 : aktiviti pramenulis

Nama : _________________________________________    Tarikh : _________________

Lukiskan garisan berdasarkan titik-titik yang diberi.

kesesuaian bahan dengan kemahiran: murid dapat membiasakan koordinasi tangan sebelum mula menulis huruf.

Bahan 2 :

Nama : _________________________________________    Tarikh : _________________

Tuliskan huruf berdasarkan titik-titik yang diberi.


kesesuaian bahan dengan kemahiran: asas kepada kemahiran menulis, murid dapat menulis huruf berpandukan titik-titik tersebut.




1 comment:

  1. Bahan minggu 2 sepatutnya telah dilengkapkan ....tetapi malangnya masih kosong. Hasil kerja tidak memuaskan

    ReplyDelete